Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO: konsep kekebalan kelompok tak beretika

    GENEVA, 13 OKT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran terhadap cadangan sesetengah pihak supaya membiarkan penularan COVID-19 supaya masyarakat dapat membina ‘herd immunity’ atau kekebalan berkelompok.

    Ketuanya, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata perbuatan itu tidak beretika kerana ia hanya berkesan bagi program vaksin di mana penduduk boleh dilindungi kerana sebahagian besarnya sudah mendapat vaksin.

    “Kekebalan berkelompok ini dicapai dengan melindungi masyarakat, bukannya mendedahkan mereka kepada virus,” katanya pada sidang media secara maya. Tegas beliau, tidak pernah dalam sejarah kesihatan awam di mana konsep kekebalan berkelompok digunakan sebagai strategi menangani wabak, apatah lagi pandemik seperti COVID-19.

    Tedros berkata tindakan bergantung kepada kekebalan berkelompok dalam keadaan seperti ini akan menimbulkan masalah, baik dari segi saintifik mahupun etika.

    “Membenarkan penularan virus berbahaya yang kita tidak ketahui sepenuhnya adalah perbuatan tidak beretika dan bukannya satu pilihan bijak. Kita belum ada pengetahuan mencukupi mengenai perkembangan kekebalan terhadap COVID-19 termasuk tahap kekuatan kekebalan dan berapa lama antibodi terbabit dapat kekal dalam badan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda