Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO kutuk pembunuhan mengerikan di hospital Sudan

    GENEVA, 30 OKT- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kelmarin bahawa ia terkejut dengan laporan bahawa lebih 460 pesakit dan rakan mereka ditembak mati di hospital yang separuh berfungsi di El-Fasher, Sudan.

    Hospital El-Fasher telah dikepung Ahad lalu oleh Pasukan Sokongan Pantas separa tentera ke atas Darfur, mencetuskan kebimbangan tentang keganasan bermotifkan etnik yang pernah belaku dahulu.

    “WHO sangat terkejut dengan laporan pembunuhan tragis lebih 460 pesakit dan rakan di Hospital Bersalin Saudi di El-Fasher,” kata ketua agensi kesihatan PBB, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.

    “Semua serangan terhadap penjagaan kesihatan mesti dihentikan serta-merta dan tanpa syarat,” katanya yang menyeru gencatan senjata dan menegaskan bahawa semua pesakit, petugas penjagaan kesihatan dan kemudahan kesihatan mesti dilindungi.

    WHO berkata Hospital Bersalin Saudi adalah satu-satunya hospital yang separuh berfungsi di bandar itu.

    Ia diserang, “buat kali keempat dalam sebulan” pada Ahad lalu menyebabkan seorang jururawat terbunuh dan tiga petugas kesihatan lain cedera, kata organisasi itu.

    Pada hari Selasa, enam petugas kesihatan, empat doktor, seorang jururawat dan seorang ahli farmasi diculik, tambahnya.

    “Tragedi terbaru ini berlaku dalam krisis yang semakin buruk di El-Fasher, Darfur Utara, di mana keganasan yang semakin meningkat, keadaan pengepungan dan kelaparan serta penyakit yang semakin meningkat membunuh orang awam, termasuk kanak-kanak, dan meruntuhkan sistem kesihatan yang sudah pun rapuh,” katanya.

    “WHO mengutuk serangan dahsyat terhadap penjagaan kesihatan ini dengan sekeras-kerasnya dan menyeru agar kesucian penjagaan kesihatan dihormati.” – AFP

    mej satelit yang diambil oleh Airbus DS ini menunjukkan Hospital Bersalin Saudi di el-Fasher, Sudan pada 28 Oktober. WHO kutuk pembunuhan mengerikan di hospital Sudan– Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda