Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    WHO lancar usaha hapus bakteria meningitis Afrika

    HARARE, ZIMBABWE, 9 SEPT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin berkata ia melancarkan kempen dengan peruntukan AS$1.5 bilion, termasuk penghasilan vaksin baharu untuk menghapuskan wabak bakteria meningitis di seluruh Afrika menjelang tahun 2030.

    Program pemberian vaksin meningitis kepada lebih 50 juta orang kanak-kanak di Afrika telah ditangguhkan di tengah-tengah pandemik COVID, menimbulkan kebimbangan wabak yang membawa maut itu meletus semula.

    Dalam masa yang kritikal ini, pengarah serantau WHO untuk Afrika, Matshidiso Moeti berkata bahawa vaksin terbaharu terhadap meningitis akan dilancarkan di 26 buah negara Afrika yang terjejas oleh penyakit itu. Beliau berkata, WHO berharap untuk membenarkan penggunaan vaksin itu menjelang suku pertama tahun 2023, yang kemudiannya membolehkan penderma membelinya untuk Afrika.

    Moeti berkata ujian klinikal vaksin itu menunjukkan ia selamat dan berkesan terhadap pelbagai varian meningitis. Vaksin itu akan dilancarkan tahun depan dan diberikan secara me luas sehingga tahun 2030, apabila WHO berharap dapat menghentikan wabak bakteria meningitis di 54 buah negara di benua tersebut dengan 1.3 bilion penduduk, tambahnya.

    WHO menganggarkan rancangan itu boleh menyelamatkan lebih 140,000 orang setiap tahun, tetapi bergantung pada penerimaan suntikan dan pegawai kesihatan yang mentadbirnya. Gejala termasuk sakit kepala, demam, loya atau muntah dan rasa mengantuk. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...