Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    WHO lulus kegunaan vaksin Covaxin

    GENEVA, 3 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini ia telah mengeluarkan satu senarai kegunaan kecemasan untuk Covaxin, vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh firma India, Bharat BioTech.

    Didapati berkesan 78 peratus selepas dua dos yang diberi selang empat minggu, vaksin itu ‘amat sesuai untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana disebabkan ia mudah disimpan,” kata badan PBB itu dalam satu kenyataan.

    Covaxin ialah vaksin pertama yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya di India yang menerima kelulusan WHO.

    Berdasarkan antigen koronavirus tidak aktif, ia menjadi vaksin kelapan dalam senarai WHO, termasuk vaksin lain dari Pfizer, Moderna, AstraZeneca, Johnson & Johnson, Sinopharm dan Sinovac.

    Kelulusan kecemasan WHO, yang termasuk penilaian data percubaan klinikal, boleh mempercepat pengiktirafan vaksin antarabangsa.

    Ia juga membenarkan penggunaan mereka oleh rakan agensi PBB dan inisiatif Covax global, ditubuhkan untuk menginokulasi penduduk di negara yang paling miskin di dunia. – AFP

    Seorang pekerja kesihatan memberikan suntikan vaksin Covaxin di sebuah pusat kesihatandiGaria,, daerah Pargana, India. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -