Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO minta akses penuh perubatan, bahan api ke Gaza

    GENEVA, 2 NOV – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.

    “Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api SEKARANG! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.

    Turkish-Palestinian Friendship Hospital, iaitu satu-satunya hospital awam yang merawat pesakit kanser di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi susulan serangan Israel dan kekurangan bahan api, menurut Doctors Without Borders (MSF) di platform X semalam.

    “Setakat hari ini, hospital itu tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api dan beberapa serangan telah menjejaskan kemudahan itu.

    “Ia adalah satu-satunya hospital awam bagi pesakit kanser di Semenanjung Gaza, dan kini berpuluh-puluh pesakit kanser berada dalam risiko serius,” menurut MSF.

    Israel terus menyekat kemasukan bahan api ke Gaza, yang menjadi sumber penting bagi memastikan hospital terus beroperasi.

    Hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan turut diserang semasa ‘serangan’ ini. – Bernama

    Penduduk memunggah kotak-kotak bantuan kemanusiaan dari sebuah trak yang memasuki selatan Semenanjung Gaza dari Mesir menerusi lintasan Rafah kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda