Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    WHO: Perubahan iklim ancaman terbesar kesihatan

    PARIS, 11 NOV – Lebih teruk daripada COVID, para penyelidik telah berusaha untuk mengkaji kesan perubahan iklim ke atas kesihatan sekiranya dunia tidak bertindak segera untuk mengurangkan pelepasan karbon.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang berkata perubahan iklim merupakan satu-satunya ancaman kesihatan terbesar dihadapi manusia, telah menggesa supaya isu tersebut diberi ‘tumpuan’ dalam rundingan sidang kemuncak COP27 yang sedang berlangsung di Mesir.

    Namun ia menyatakan kesan keseluruhan dari segi kuantiti adalah satu tugas amat rumit, beritahu pakar kepada AFP, kerana pemanasan global menjejas kesihatan dalam cara berlainan, daripada risiko kenaikan suhu dan cuaca ekstrem kepada kekurangan makanan dan air jangka panjang, pencemaran udara dan juga penyakit.

    WHO meramalkan perubahan iklim akan menyebabkan 250,000 kematian setahun akibat malnutrisi, malaria, cirit-birit dan stres haba di antara 2030 dan 2050. Ia dipercayai ‘anggaran minimum’ berbanding kesan sebenar, sebahagiannya disebabkan ia hanya datang daripada empat sumber, kata Jess Beagley, ketua dasar Perikatan Iklim dan Kesihatan Global NGO.

    “Tatkala perubahan iklim bertambah teruk, kami akan melihat ancaman terbesar kepada peningkatan kesihatan manusia.”

    Hampir 70 peratus daripada semua kematian di seluruh dunia berpunca daripada penyakit yang diburukkan oleh pemanasan global, menurut laporan daripada IPCC, panel pakar iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...