Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    WHO saran tarik balik atau longgar perjalanan antarabangsa

    GENEVA, 20 JAN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan negara anggotanya kelmarin supaya menarik balik atau melonggarkan larangan perjalanan antarabangsa meskipun pandemik COVID-19 masih dianggap membimbangkan, lapor Xinhua.

    Jawatankuasa Kecemasan WHO membentangkan beberapa cadangan kepada ketua pengarah WHO, yang memutuskan bahawa pandemik COVID-19 terus menjadi kebimbangan terhadap kesihatan awam di peringkat antarabangsa.

    Jawatankuasa itu berkata bahawa bukti vaksinasi terhadap COVID-19 tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara atau syarat membenarkan perjalanan antarabangsa memandangkan akses global yang terhad dan pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak saksama.

    Ia juga menasihatkan negara untuk menjalankan siasatan epidemiologi terhadap penularan SARS-CoV-2 di antara manusia-haiwan serta pengawasan terhadap perumah haiwan yang berpotensi.

    Jawatankuasa itu meminta pemantauan serta perkongsian data jangkitan dengan rekod masa sebenar, penularan dan evolusi SARS-Cov-2 dalam haiwan, menegaskan bahawa data berkenaan akan membantu memberi kefahaman global serta mengenalpasti virus tepat pada masanya, dan penilaian risiko kesihatan awam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...