Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO umum pelan kawal meningitis 2030

    GENEVA, 28 SEPT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengumumkan rancangan untuk mengawal meningitis pada tahun 2030, mengurangkan 250,000 kematian tahunan berpunca daripada penyakit itu.

    Melancarkan strategi global pertama untuk memerangi penyakit itu, WHO berkata ia mahu membasmi epidemik meningitis bakteria.

    Dengan berbuat demikian, ia berharap dapat mengurangkan separuh kes dan mengurangkan kematian sebanyak 70 peratus. Ia juga mahu mengurangkan kecacatan berpunca daripada penyakit tersebut.

    “Bila-bila masa ia berlaku, meningitis boleh membawa maut; ia menyerang dengan kadar pesat, memberikan kesan kesihatan, ekonomi dan sosial yang serius serta mencetuskan wabak teruk,” kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    “Sudah tiba masanya untuk menewaskan meningitis secara menyeluruh – dengan menambah akses kepada alat seperti vaksin, mempelopori penyelidikan dan inovasi baharu untuk mencegah, mengesan dan merawat pelbagai punca penyakit, dan mempertingkat pemulihan untuk mereka yang terjejas.”

    Meningitis ialah keradangan selaput otak dan saraf tunjang, kebanyakannya berpunca daripada jangkitan bakteria, dan patogen lain termasuk virus dan kulat.

    Meningitis berpunca daripada jangkitan bakteria adalah yang paling serius kerana ia boleh mencetuskan epidemik yang menular dengan pantas.

    Ia membunuh satu dalam 10 orang yang dijangkiti, kebanyakannya kanak-kanak dan orang muda. – AFP

    Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kelihatan di skrin menyampaikan ucapan secara dalam talian pada pembukaan Forum Perdagangan Dunia 2021 di Geneva kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda