WHO: Vaksin kurangkan jangkitan COVID 40%

GENEVA, 24 NOV – Vaksin COVID-19 dapat mengurangkan jangkitan varian dominan Delta sekitar 40 peratus, kata WHO hari ini, memberi amaran tanggapan salah orang ramai mengenai keselamatan berkaitan vaksin.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ramai orang yang bervaksin menganggap mengambil vaksin bermaksud mereka tidak lagi perlu untuk menerapkan langkah berjaga-jaga.

Orang yang sudah diimunisasi lengkap perlu mematuhi peraturan untuk mengelak daripada dijangkiti virus dan menyebarkannya, tegas Tedros, menekankan yang Delta mudah berjangkit bermaksud vaksin tidak cukup berkesan menentang jangkitan.

“Vaksin menyelamatkan nyawa namun ia tidak akan sepenuhnya mencegah jangkitan,” katanya.

“Data menunjukkan sebelum varian Delta, vaksin mengurangkan jangkitan sekitar 60 peratus. Dengan Delta ia telah berkurang sekitar 40 peratus.”

Varian Delta yang mudah menjangkit sekarang semakin dominan di seluruh dunia, dan mengatasi strain lain.

“Jika awda sudah divaksinasi, awda mendapat risiko rendah penyakit teruk dan kematian namun awda masih lagi berisiko dijangkiti dan menjangkiti orang lain,” kata Tedros.

“Seperti yang dikatakan, walaupun awda sudah bervaksin, teruskan menerapkan langkah berjaga-jaga untuk melindungi daripada dijangkiti dan menjangkiti orang lain yang boleh meragut nyawa mereka. – AFP