WHO: Virus mesti dilawan tanpa vaksin

GENEVA, 19 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan yang vaksin COVID-19 masih belum tentu tersedia seperti diharapkan untuk ‘menewaskan’ gelombang kedua pandemik berkenaan.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata vaksin tidak boleh dilihat sebagai penyelesaian ajaib dan semua negara di seluruh dunia perlu berdepan untuk menanganinya tanpa vaksin.

“Saya rasa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan lagi sebelum kita dapat tahap vaksinasi yang signifikan di mana-mana saja,” katanya ketika sesi soal jawab awam secara langsung dalam media sosial.

Ryan berkata, dunia masih belum mempunyai vaksin COVID-19 sebenar walaupun ada pengumuman yang meyakinkan berdasarkan siri ujian vaksin yang kini berada pada fasa terakhir.

“Banyak negara berdepan gelombang ini dan mereka akan melalui “Saya rasa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan lagi sebelum kita dapat tahap vaksinasi yang signifikan di mana-mana saja,” katanya ketika sesi soal jawab awam secara langsung dalam media sosial.

Gambar fail pada 18 November menunjukkan salah satu botol kaca yang tertera dengan perkataan vaksin COVID-19. – AFP

Ryan berkata, dunia masih belum mempunyai vaksin COVID-19 sebenar walaupun ada pengumuman yang meyakinkan berdasarkan siri ujian vaksin yang kini berada pada fasa terakhir.

“Banyak negara berdepan gelombang ini dan mereka akan melaluinya serta terus menempuhinya tanpa vaksin. Kita perlu memahami dan menerimanya,” katanya.

Pfizer, syarikat gergasi farmaseutikal mendakwa ujian lengkap vaksin COVID-19 menunjukkan ia berkesan pada tahap 95 peratus, manakala firma Moderna berkata vaksin dihasilkannya berkesan pada tahap 94.5 peratus.

Rusia pula mendakwa vaksinnya berkesan terhadap calon ujian pada tahap 90 peratus.
Justeru, Ryan memberi amaran kepada seluruh dunia supaya terus berwaspada terhadap virus berkenaan dan jangan terlalu yakin dengan kebergantungan vaksin untuk menyelesaikan masalah pandemik itu.

“Beberapa orang berpendapat vaksin itu sudah siap, maksudnya ia merupakan satu jalan penyelesaian, tetapi sebenarnya tidak.

“Sekiranya kita ada vaksin dan melupakan perkara lain, COVID-19 tidak akan menjadi sifar,” kata warga Ireland itu. – AFP