Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO: Wabak kolera membimbangkan

    GENEVA, 30 SEPT – Dunia kini menyaksikan ‘peningkatan membimbangkan’ dalam wabak kolera selepas mencatat kemerosotan bertahun-tahun sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran hari ini.

    Dalam sembilan bulan pertama tahun ini sahaja, 26 negara telah melaporkan wabak kolera, kata WHO, menambah antara 2017 dan 2021, kurang daripada 20 negara yang melaporkan wabak dalam setahun.

    ”Selepas mencatat angka berkurangan, kami mulai melihat peningkatan membimbangkan wabak kolera d seluruh dunia sejak setahun lalu,” beritahu Philippe Barboza, pasukan WHO yang mengetuai wabak kolera, kepada wartawan di Geneva. – AFP

    Penduduk Syria mengambil bahagian dalam kempen pencegahan dan kesedaran kolera di kem pelarian di bandar Sarmada, wilayah Idlib pada 25 September 2022. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda