LONDON, 21 Feb – Wigan mengumumkan penyiasatan penuh ke atas gangguan penyokong yang mencemari kemenangan dramatik Piala FA kelab berkenaan ke atas Manchester City. Penyerang Manchester City, Sergio Aguero terlibat dalam pertengkaran fizikal dengan seorang penyokong Wigan ketika beribu-ribu penyokong memenuhi padang setelah kemenangan 1-0 pasukan League One itu dalam perlawanan pusingan kelima Isnin lalu.