Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wiggins seru Thomas pertahankan kejuaraan

    LONDON, 31 Julai – Bradley Wiggins menyokong pemenang Tour de France, Geraint Thomas untuk mengekalkan gelaran selepas pelumba dari Wales itu mengakhiri penguasaan rakan sepasukan, Chris Froome.

    Pemenang pingat emas Olimpik dua kali itu menamatkan perlumbaan hampir dua minit mengatasi pesaing terdekat Tom Dumoulin (Sunweb) pada Ahad lalu untuk menyarung jersi kuning manakala Froome di tempat ketiga.

    Pelumba berusia 32 tahun itu menjadi pelumba Britain ketiga yang menjuarai Jelajah itu selepas Wiggins yang merangkul kejuaraan pada 2012 dan rakan sepasukan Sky, Froome telah menjuarai empat daripada lima perlumbaan sebelum ini.

    Wiggins menjangkakan kedudukan Thomas akan melonjak naik selepas kemenangan itu berkata bahawa beliau sekara menjadi bintang sukan ternama di Wales. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda