Monday, May 29, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Wilayah Alberta isytihar darurat

    NEW YORK, 7 MEI – Perintah darurat diisytiharkan di wilayah Alberta di Kanada berikutan cuaca panas dan kering yang mencetuskan banyak kejadian kebakaran hutan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    “Jumlah kebakaran hutan dan pemindahan telah meningkat dan kami perlu mengutamakan keselamatan penduduk Alberta,” menurut ciapan Perdana Menteri Danielle Smith di Twitter pada Sabtu, sambil berkata ‘semua sumber’ telah dikerah untuk memadam kebakaran.

    Menurut pihak berkuasa, hampir 25,000 penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah mereka.

    Sebanyak 109 kebakaran aktif direkodkan dengan 33 daripadanya disenaraikan sebagai di luar kawalan dan hampir 122,000 hektar tanah telah terbakar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -