Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wilayah Kurdistan Iraq harap eksport minyak disambung segera

    ARBIL, IRAQ, 7 NOV – Pihak berkuasa di wilayah autonomi Kurdistan Iraq berkata kelmarin bahawa mereka berharap eksport minyak dapat disambung semula secepat mungkin selepas kerajaan persekutuan menawarkan bayaran kos lebih tinggi kepada pengeluar.

    Eksport minyak dari wilayah tersebut telah terhenti sejak Mac 2023 apabila tribunal timbang tara dari Majlis Perdagangan Antarabangsa di Paris memutuskan bahawa eksport minyak oleh kerajaan wilayah adalah haram.

    Dalam keputusannya yang bermula dengan kes yang difailkan pada 2014, tribunal memutuskan bahawa hanya kerajaan persekutuan yang mempunyai hak eksklusif untuk memasarkan semua minyak Iraq, sekali gus menghentikan eksport bebas wilayah itu melalui saluran paip ke Turkiye.

    Kerajaan persekutuan dan wilayah telah berunding sejak itu berhubung kos pengeluaran dan pengangkutan yang perlu dibayar kepada wilayah dan rakan komersialnya. Namun, dalam pindaan belanjawan pada Selasa, Baghdad bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan bebas dalam tempoh dua bulan bagi menetapkan pembayaran kos tersebut dan untuk membayar AS$16 setiap tong buat sementara waktu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda