Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Wilayah utara Vietnam diramal kekurangan bekalan elektrik tahun depan

    HANOI, 12 SEPT – Wilayah utara Vietnam diramalkan mengalami kekurangan tenaga elektrik sehingga 1,770 MW semasa kemuncak musim kemarau tahun depan, yang menyamai 10 peratus daripada jumlah permintaan tenaga di rantau itu, menurut Kementerian Perindustrian dan Perdagangan hari ini.

    Kementerian itu meramalkan sepanjang Jun dan Julai tahun depan, wilayah itu akan mengalami kekurangan 420 hingga 1,770 MW jika taku-ngan kuasa hidro terus mencatatkan paras air rendah.

    Angka itu dikira berdasarkan peningkatan hampir 9 peratus dalam permintaan elektrik negara tahun depan.

    Jumlah pengeluaran tenaga Vietnam mencapai 186.3 bilion kilowatt-jam dalam lapan bulan pertama tahun ini, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 2.7 peratus.

    Memandangkan permintaan tenaga tahunan yang meningkat sebanyak 10 peratus, utara Vietnam diramalkan akan terus menghadapi kekurangan tenaga pada tahun-tahun akan datang. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...