Thursday, March 13, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wilayah Wakayama musnahkan 46,000 ayam

    TOKYO, 30 NOV – Wilayah Wakayama Jepun memusnahkan 46,000 ekor ayam pada hari ini berikutan tercetusnya wabak selesema burung kedua peringkat tempatan pada musim luruh, lapor Sputnik.

    Menurut agensi berita Kyodo, wabak penyakit itu disyaki muncul pada Selasa selepas beberapa ekor ayam ditemukan mati di sebuah ladang tempatan.

    Analisis genetik mengesahkan kehadiran jenis selesema burung yang sangat patogenik pada burung yang mati, menurut media. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda