Wilder-Fury II disiarkan dua saluran TV

LAS VAGES, 20 FEB – Pertandingan tinju heavyweight di antara Deontay Wilder dan Tyson Fury yang akan diadakan Sabtu nanti, telah melibatkan dua stesen televisyen untuk menyiarkan perlawanan tersebut.

Penyiar berita sukan ESPN dan Fox Sports terpaksa bekerjasama jika sekiranya perlawanan tersebut disiarkan di MGM Grand Hotel. Kedua-dua stesen penyiaran tersebut akan membanjiri semua siaran tersebut dalam usaha untuk menarik orang ramai daripada membayar perlawanan tersebut dengan bayaran menonton dari rumah.

“Secara jujurnya, perkara sebegini tidak pernah berlaku sejak sekian lama. Kami percaya sukan ini berada di landasan yang betul,” menurut Bill Wanger, timbalan presiden eksekutif penyiaran, penyelidikan dan strategi Fox Sports. “Jika kami meneruskan evolusi program boxing dengan PBC (Premier Boxing Champions), di mana kami akan menambah yuran untuk memberikan boxing kepada orang ramai dan melahirkan bintang baharu dari peserta-peserta tersebut.

“Ini tidak pernah terjadi sebelum ini, di mana perlawanan mendapat liputan sebegini,” menurut Bob Arum, pembantu promoter perlawanan yang pernah membuat promo perlawanan Muhammad Ali ketika beliau masih di kemuncak. “Kami pernah menyiarkan dua iklan Super Bowl, bilakah perkara sebegitu terjadi?”

Untuk menyiarkan perlawanan utama, ia bukan murah,. Kedua-dua stesen penyiaran akan mengharapkan orang ramai untuk mempelawa beberapa orang rakan untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Kami telah menggabungkan dua stesen televisyen di dunia untuk menjadikan perlawanan tersebut menjadi kenyataan,” menurut Fury. “Itu sahaja, untuk memberitahu orang ramai dan supaya mereka maklum. Jika sekiranya mereka tidak dapat melakukan kerja dengan baik untuk mempromosi perlawanan tersebut, kami tidak mempunyai peluang.” – AP

Peninju England, Tyson Fury dan Deontay Wilder berhadapan sesama sendiri ketika sidang media untuk kejohanan tinju WBC Heavyweight, Sabtu nanti. – AP