LOS ANGELES, 30 Nov – Deontay Wilder akan berusaha untuk menghidupkan kembali minat Amerika Syarikat (AS) pada tinju heavyweight esok apabila dia menghadapi Tyson Fury dari Britain dalam pertarungan menarik terhadap pertinju yang belum pernah dikalahkan.
Sebagai juara bertahan Majlis Tinju Dunia (WBC), Wilder adalah pemegang terbaru tali pinggang itu yang dipakai oleh sebahagian nama–nama ikon divisyen heavyweight lebih dari 50 tahun.
Sonny Liston, Muhammad Ali, George Foreman, Joe Frazier dan Mike Tyson, yang membangkitkan era bila tinju heavyweight adalah sebahagian dari landskap sukan AS itu.
Namun Wilder bersedia bagi mempertahankan gelaran kelapan yang dipegangnya sejak 2015.
Pada usia 33 tahun, Wilder menghimpunkan rekod luar biasa yang melibatkan 40 kemenangan, tanpa kekalahan, dengan 39 knockout.

Tetapi rekodnya tanpa kecacatan itu dan kuasa tumbukan yang tidak dapat disangkal masih belum meraih tumpuan dari peminat–peminat sukan dari AS itu.
Bahkan sehingga kini, tiga tahun dalam penguasaannya sebagai juara, orang ramai masih keliru dan menyangka dirinya adalah bintang NBA, LeBron James.
Ia sudah pasti akan berubah esok apabila Wilder dengan ketinggian 6kaki 7inci menentang Fury, petinju yang digelar ‘Gypsy King’ yang juga belum pernah kalah, dengan 27 kemenangan dari 27 pertarungan.
Bagi Wilder, pertarungan esok di Staple Center adalah satu peluang terbaik untuk mengumumkan dirinya kepada penonton.
Ia adalah kali pertama dia menjadi tarikan menerusi kad televisyen menerusi langganan. Pertarungan menentang Fury akan menggilap dirinya di box-office.
“Orang kuat Amerika ada dalam diri saya,” jelas Wilder dalam sidang akhbar di Los Angeles pada Rabu lalu.
“Amerika memiliki orang yang gagah di atas bumi ini”. – AFP