Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wilders intai pertarungan super

    NEW YORK, 3 Nov – Deontay Wilder akan menumpukan ke atas pertarungan super di masa depan menentang Anthony Joshua apabila dia mempertahankan gelaran heavywegiht Majlis Tinju Dunia (WBC) menentang pencabar dari Kanada, Bermane Stiverne di New York Sabtu ini.

    Wilder (38-0, dengan 37 KOs) menghadapi Stiverne bagi kali kedua, dua tahun selepas memenangi gelaran dari pesaing berusia 39 tahun dalam kemenangan sebulat suara di Las Vgeas pada Januari 2015.

    Petinju dari Kanada itu mendapatkan satu lagi peluang berdepan Wilder pada September lalu selepas pencabar, Luis Ortiz, gagal ujian dadah. Wilder dijangka menghadapi sedikit kesukaran dalam mengetepikan Stiverne bagi kali kedua. Hakim-hakim mencatatkan pertarungan pertama 120-118, 119-108 dan 118-109 yang memihak Wilder.

    Stiverne menyalahkan isu kesihatan kerana kegagalannya untuk memberikan banyak tentangan kepada Wilder dalam pertemuan pertama mereka.

    “Saya tidak perlu merasa takut dalam pertarungan ini. Ia bukanlah kerana saya tidak melihat pembukaan dalam pertarungan akhir, saya tidak dapat mempamerkan dengan baik dari fizikal bagaimana saya perlukan,” kata Stiverne. Wilder, 32, tertawa dengan ulasan Stiverne dan memberi amaran dia akan mendapatkan ‘knockout’.

    “Dia selamat buat kali pertama. Dia adalah satu-satunya yang selamat. Saya akan menyelesaikan tugasan kali ini,’ kata Wilder.

    “Stiverne mempunyai banyak alasan selepas pertarungan terakhir. Tidak seorang pun mahu mendengar alasan dari yang kalah. Dia tahu apa yang berlaku. Saya menewaskannya 12 pusingan berturut-turut,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda