LONDON, 24 OGOS – Pihak pentadbir syarikat barangan rumah British, Wilko memberi amaran tentang ‘kemungkinan’ pemberhentian dan penutupan kedai selepas mereka tidak dapat mencari pembeli untuk keseluruhan perniagaan.
Peruncit barangan diskaun tersebut, menjual produk pembersihan dan kebun serta barangan rumah kecil lain, digantung sementara pada awal Ogos, menjejas kira-kira 12,500 pekerjaan dan 400 kedai di United Kingdom (UK).
Wilko telah melantik PricewaterhouseCoopers sebagai pentadbir syarikat yang bermasalah, yang ditubuhkan pada 1930 dengan ibu pejabat di bandar Worksop, tengah England.
“Sementara perbincangan diteruskan dengan mereka yang berminat untuk membeli sebahagian perniagaan, jelas bahawa ciri-ciri minat tersebut tidak tertumpu kepada keseluruhan kumpulan,” kata PwC dalam satu kenyataan kelmarin.
“Malangnya, kemungkinan besar akan berlaku pemecatan pekerja dan penutupan kedai pada masa hadapan dan hari ini adalah perlu untuk mengemas kini wakil pekerja,” tambah PwC.
Ia tidak memberikan butiran lanjut tentang bilangan pekerjaan dan kedai yang akan terjejas. – AFP


