Sunday, March 30, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Will Smith dapat jalan sempena namanya

    Di Philadelphia Barat tempat Will Smith dilahirkan dan dibesarkan, kini terdapat jalan bernama Will Smith Way.

    Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker dan pemimpin bandar memberi penghormatan kepada pemenang Oscar dan Grammy kelmarin, menamakan semula jalan bersebelahan sekolah menengah lama Smith.

    “Philly, saya sayang awak. Saya milik awak. Awak milik saya,” kata Smith pada satu majlis di sepanjang bahagian 59th Street yang kini menggunakan namanya.

    Dia terkenangkan kerja keras dan pendidikan daripada ibu dan bapanya sebelum mencapai kejayaan besar sebagai pelakon dan penyanyi rap.

    “Tiada siapa yang mendapat perjalanan yang mudah,” katanya. “Itu adalah salah satu perkara yang diajar oleh kawasan di Philadelphia ini: bahawa tidak ada salahnya dengan kerja keras seharian.”

    Antara yang turut bertemu meraikan dengannya adalah bekas guru yang pertama memanggilnya Prince Charming – nama samaran yang diubahnya sedikit untuk rancangan TV popular 90-an The Fresh Prince of Bel-Air di mana Smith berlakon sebagai remaja dari Philadelphia yang tinggal bersama saudara-mara di Los Angeles.

    “Nama The Fresh Prince dicipta di bangunan itu,” kata Smith sambil menunjuk ke belakang ke Sekolah Tinggi Overbrook. “Saya menambah fresh kerana ia adalah slanga hip-hop.”

    Smith bakal mengeluarkan album studio kelimanya, Based on a True Story. Ia merupakan projek muzik pertamanya dalam dua dekad sejak Lost and Found.

    Dia pernah memenangi Grammy untuk lagu Summertime, Men In Black,Gettin’ Jiggy Wit It dan Parents Just Don’t Understand selain juga membintangi filem Bad Boys, Men in Black dan King Richard.- AP 

    Will Smith memegang papan tanda jalan yang dinamakan sempenan namanya di Philadelphia Barat kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda