LONDON, 1 Ogos – Pemain sayap Brazil yang beraksi untuk kelab Chelsea, Willian kelmarin meleraikan spekulasi mengenai perpindahannya dari Stamford Bridge.
Willian masih belum menjalani latihan bersama Chelsea hari ini selepas khabar angin mengatakan bahawa beliau akan keluar daripada kelab London itu susulan penampilan yang mantap di Piala Dunia.
Real Madrid, Barcelona dan Manchester United masing-masing dilaporkan sama ada telah membuat atau mempertimbangkan tawaran untuk pemain berusia 29 tahun itu tetapi dalam kenyataan menerusi laman sesawang Brazil, Globo Esport, beliau akui tidak akan meninggalkan Chelsea.
“Saya tidak akan berpindah, saya gembira di Chelsea dan hidup di London,” katanya. Juara Eropah, Real Madrid dilaporkan akan meningkatkan tawaran gabungan untuk Willian dan penjaga gol antarabangsa Belgium yang juga beraksi untuk Chelsea, Thibaut Courtois. – Xinhua
