Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Willian kekal bersama Fulham

    LONDON, 18 JULAI – Pemain antarabangsa veteran Brazil, Willian, telah menandatangani semula kontrak bersama Fulham semalam untuk tempoh satu tahun dengan pilihan tambahan 12 bulan.

    Pemain sayap berusia 34 tahun itu sebelum ini bermain untuk Chelsea dan Arsenal dan musim lalu berjaya menjaringkan lima gol dalam 27 penampilan Liga Perdana bersama Fulham.

    Dia telah mencapai penghujung kontraknya dan melawat tempat latihan Nottingham Forest minggu lalu.

    Namun, beliau akhirnya memutuskan untuk kekal di Fulham.

    “Saya gembira dapat menandatangani kontrak selama satu tahun lagi bersama Fulham,” katanya kepada laman web kelab tersebut.

    “Saya gembira untuk meneruskan kerjaya saya bersama rakan sepasukan dan seluruh kelab. Saya yakin kelab ini mampu mencatat prestasi lebih baik musim ini,” tambahnya. – AFP

    Willian beraksi semasa perlawanan pusingan kelima Piala FA di Craven Cottage, Fulham, barat London pada 28 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda