Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wimbledon: Rafael Nadal tersungkur

    LONDON, 11 Julai – Hubungan pahit-manis Rafael Nadal bersama Wimbledon melalui satu lagi kesukaran semalam apabila dia disingkirkan dalam lima set, pusingan keempat epik kepada Gilles Muller dari Luxembourg.

    Kekalahan mengejut Nadal 6-3, 6-4, 3-6, 4-6, 15-13 berlaku selepas juara bertahan, Andy Murray dan juara tujuh kali, Roger Federer mara ke pusingan suku akhir dengan ‘straight-set’.

    Empat jam dan 48 minit di atas Court One telah memberikan kesan terhadap persaingan Novak Djokovic dalam 16 pemain terakhir menentang Andrian Mannarino dari Perancis yang diubah ke hari ini.

    Djokovic berada dalam jadual perlawanan terakhir di atas gelanggang tetapi pegawai memilih untuk menangguhkan perlawanan tersebut berbanding menukarnya ke Centre Court di mana ia boleh diadakan, jika perlu, dilengkapkan di bawah cahaya lampu.

    Hanya beberapa minggu selepas memenangi gelaran Terbuka Perancis ke-10, Nadal mengalami penyingkiran kelimanya sebelum suku akhir dalam lima kunjungannya ke Wimbledon.

    “Ia bukanlah perlawanan terbaik saya menentang pemain lawan yang sukar,” kata pemain nombor dua dunia, Nadal, juara 2008 dan 2010. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda