SKARAMANGAS, Greece – Peminat bola sepak dari peringkat umur tertentu masih lagi ingat Antonis Nikopolidis yang mirip dengan salah seorang pelakon dari Amerika Syarikat iaitu George Clooney, seorang penjaga gol yang membantu Greece dalam menjuarai Liga Juara-juara Eropah 2004.
Kini jurulatih pasukan belia kebangsaan di negara ini, Nikopolidis membantu pelarian yang terkandas di Greece untuk mengembalikan semangat mereka. Pasukan bola sepak yang cuba beliau bentukan, dinamakan sebagai Hope (Elpida dalam bahasa Yunani), mempunyai pemain-pemain yang telah melarikan diri dari kawasan peperangan di Syria, Yaman, Iraq dan Afganistan.
Kebanyakan daripada pemain pasukan Hope tinggal di Skaramangas, sebuah zon perindustrian di barat Athens di mana kontena-kontena logam telah ditukarkan kepada rumah yang berbentuk seperti kotak kasut. Mereka bersaing dalam liga amatur pada Ahad lepas, berdepan pasukan yang terdiri daripada peguam-peguam, pekerja telekom dan akauntan.
Nikopolidis, seorang yang bersuara halus, berusia 46 tahun, rambutnya kini bertukar berwarna putih, dalam persaraannya, berkata latihan-latihan dan perlawanan pasukan dapat menghilangkan gangguan yang dihadapi oleh para belia remaja lelaki terhadap masa hadapan yang tidak menentu di dalam program penempatan semula Kesatuan Eropah yang bergerak perlahan.
“Kami membantu mereka yang berada dalam kesukaran di dalam kehidupan mereka,” katanya. “Mereka seakan tetamu di negara kita, dan kita cuba untuk menubuhkan pasukan ini, ia akan dapat memberi keriangan buat mereka untuk beberapa jam.”



Permainan bola sepak adalah sumber utama hiburan bagi kebanyakan daripada 60,000 pelarian dan ekonomi pendatang yang tinggal di kem-kem di sekitar Greece sementara menunggu permohonan suaka untuk diproses dan perpindahan di tempat lain di Eropah.
“Anda perlu menghabiskan masa anda (melakukan sesu-atu) kerana ia sangat membosankan,” kata Hozaifa Hajdepo, 23, salah seorang pemain dari pasukan Hope dari Syria. “Jika anda tinggal di rumah dan anda tidak ada pekerjaan untuk dilakukan, anda seperti seakan orang yang mati.”



Kesatuan Bola Sepak Eropah, sebuah badan induk bola sepak di Eropah, telah menganugerahkan geran untuk membantu pelarian di 15 buah negara. Sebahagian daripada wang itu akan disalurkan ke Greece bagi menaja pasukan Nikopolidis, bersama-sama dengan sebuah badan amal Greek dipanggil ‘Pertubuhan Bumi’.
Hampir 9,000 pelarian telah dipindahkan dari Greece ke negara-negara Kesatuan Eropah yang lain, dan jurulatih sudahpun kehilangan beberapa pemain.
Tetapi dengan kadar penempatan semula yang masih separuh dari kadar sasaran, kebanyakkan daripada ahli pasukan akan berada di Greece untuk masa yang lebih lama.
“Ia adalah satu kegembiraan buat saya untuk melakukan semua ini,” kata Nikopolidis. “Perkara utama saya agar mereka bergembira dan merasa seronok dengannya… Kami telah mencipta sekumpalan kawan-kawan, dengan ikatan persahabatan dan juga sebuah keluarga.” – AP