Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Wira pemadam kebakaran terima sijil

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Tindakan pantas 12 orang awam yang berjaya memadam kebakaran di empat lokasi dalam kejadian yang berasingan mendapat pujian serta penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Sehubungan itu, 12 orang wira pemadam kebakaran menerima Sijil Masyarakat Berjasa dari Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi Cawangan Operasi F yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi C, Pemangku SSFR Haji Mustapa bin Haji Mohamad; Pegawai Operasi, SFR Norazmi bin Haji Mohd Daud serta Stesen Komander Balai Bomba Berakas, ASFR Mushidee bin Haji Junaidi, baru-baru ini.

    Sijil-sijil disampaikan kepada tiga orang pekerja Stesen Minyak Menglait SPPMB yang berjaya memadam kebakaran kereta menggunakan tiga alat pemadam api jenis debu kering pada 24 Mei 2022; pekerja Sekolah Antarabangsa Brunei, Sungai Akar yang telah berjaya memadam kebakaran kereta menggunakan alat pemadam api jenis debu kering dan karbon dioksida pada 13 Mei 2022; pekerja One City Sungai Hanching yang berjaya memadam kebakaran bangunan dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering dan hose reel pada 11 September 2022 serta pekerja Sekuriti Setia yang memadam kebakaran bilik di Asrama Perempuan, Universiti Brunei Darussalam menggunakan alat pemadam api jenis karbon dioksida pada 7 Ogos 2022.

    JBP menyatakan jabatan berkenaan menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Pemangku SSFR Haji Mustapa, SFR Norazmi dan ASFR Mushidee bergambar ramai dengan para penerima sijil yang diraikan pada majlis penyampaian Sijil Masyarakat Berjasa, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...