Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Wira penderma darah diperlukan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan menderma darah.

    Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah dan menyeru orang ramai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam kempen yang diadakan.

    Pada 30 Januari, Brunei Press Sdn Bhd akan mengadakan kempen derma darah di Bangunan Commercial Printing Services (CPS) Brunei Press bermula 10 pagi hingga 2 petang.

    Pada hari yang sama juga Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah juga akan mengadakan kempen derma darah di tempat pengambilan darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong bermula pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3:30 petang.

    Manakala pada 31 Januari, kempen akan diadakan di Pusat Promosi Kesihatan, Jalan Menteri Besar bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang manakala itu, pada 3 Februari di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, cawangan Sengkurong bermula 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari.

    Di samping itu, orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah, mereka boleh berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah atau tabung-tabung darah berdekatan bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Gambar fail Muiz Matdani

     

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...