BERLIN, 1 OKT – Florian Wirtz merupakan pemain bintang yang semakin meningkat dalam Bundesliga dengan pemain berusia 18 tahun itu merupakan pemain antarabangsa Jerman yang mempamerkan prestasi luar biasa untuk Bayer Leverkusen menggantikan Kai Havertz. “Florian mempunyai segala yang diperlukan untuk kerjaya yang cemerlang,” beritahu pengarah sukan Leverkusen, Simon Rolfes kepada anak syarikat AFP, SID.