Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wirtz lengkapi perpindahan ke Liverpool

    LIVERPOOL, 22 JUN – Florian Wirtz berkata dia mahu memenangi segala-galanya di Liverpool selepas melengkapkan perpindahan dari Bayer Leverkusen Jumaat lalu, yang mungkin menjadi perpindahan termahal dalam sejarah Liga Perdana.

    Laporan di England berkata juara The Reds membuat bayaran awal £100 juta (AS$134 juta) ntuk Wirtz, dengan tambahan £16 juta lagi bergantung kepada prestasi, menjadikannya perjanjian rekod British.

    Walau bagaimanapun, media Jerman mencadangkan bayaran itu mungkin mencecah 150 juta euro, menjadikan Wirtz sebagai pemain termahal pernah dibeli kelab Liga Perdana Inggeris.

    Salah seorang bintang muda elit bola sepak Eropah, Wirtz telah dipuji sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia oleh bekas jurulatih Leverkusen dan bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso, yang merupakan pengurus baharu Real Madrid.

    “Saya ingin memenangi segala-galanya setiap tahun!” kata Wirtz kepada laman web kelab berkenaan. – AFP

    Gambar fail bertarikh 26 April 2025 menunjukkan aksi Wirtz semasa perlawanan bola sepak di Leverkusen, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda