Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wise menang Rookie of the Year

    LOS ANGELES, 31 Okt – Aaron Wise yang memenangi gelaran pertama Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) pada aksinya kali ke-18 sebagai ahli, memenangi penghargaan sebagai Rookie of the Year Jelajah PGA 2018, semalam.

    Pemain berusia 22 tahun dari Amerika itu, meninggalkan Afrika Selatan untuk berhijrah ke AS apabila keluarganya berpindah ketika dia berusia tiga tahun.

    “Ibu bapa saya bekerja keras untuk memastikan kami cukup makan,” kata Wise menceritakan kisah silamnya.

    Wise bertarung untuk memenangi gelaran kolej AS 2016 dan membantu Oregon memenangi mahkota pasukan kolej.

    Wise memperoleh tempat PGA AS untuk kempen 2017-18 dan hanya beraksi kali ke-18 sebagai ahli, dia berjaya merangkul mahkota kejohanan Byron Nelson, mencatat 66 pukulan dari 72 green, yang terbanyak oleh mana-mana pemenang Jelajah sejak tahun 1997.

    Gambar fail pada 20 September 2018 menunjukkan Wise ketika beraksi di Kejuaraan Jelajah di Kelab Golf East Lake di Atlanta, Gerogia.
    – AFP

    Wise yang menduduki nombor dunia ke-53, ranking terbaik dalam kerjayanya, akan memulakan kempen 2017-18 minggu ini di Las Vegas.

    Wise adalah satu-satunya pemain baharu daripada lapan pemain yang layak untuk perlawanan playoff untuk mara ke Kejohanan Jelajah pada musim akhir.

    Dia menjadi 10 daripada 12 pemain baharu dalam Kejohanan Jelajah untuk memenangi Rookie of the Year dalam undian yang dipilih oleh para pemain.

    “Ia merupakan tahun yang ada naik turunnya,” kata Wise.

    “Kemuncaknya agak mengagumkan, tetapi terdapat juga perkara yang tidak memuaskan. Untuk mengakhiri musim ini dengan catatan yang baik adalah titik penting.”

    Wise adalah pemain termuda kelima di belakang Tiger Woods, Jordan Spieth, Sergio Garcia dari Sepanyol dan Kim Si-woo dari Korea Selatan, untuk melayakkan diri bagi tampil di East Lake.

    “Kelayakan untuk Kejohanan Jelajah sebagai pemain baharu membuktikan tidak ada peringkat terlalu besar untuknya,” kata Pesuruhjaya Jelajah PGA, Jay Monahan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda