Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wissam Ben Yedder dipenjara atas serangan seksual

    PARIS, 14 NOV – Bintang bola sepak Perancis, Wissam Ben Yedder menerima hukuman penjara dua tahun baru-baru ini selepas perbicaraannya bulan lalu di Perancis atas tuduhan melaku serangan seksual ke atas seorang wanita, kata peguamnya kepada The Associated Press, dan dia bercadang untuk merayu keputusan tersebut.

    Pendakwa raya meminta hukuman penjara dua tahun, enam bulan, termasuk 18 bulan digantung.

    Peguam Marie Roumiantseva berkata Ben Yedder, yang dituduh melakukan serangan seksual semasa mabuk, diperintahkan untuk membayar pampasan sebanyak 5,000 euro kepada mangsa.

    Mahkamah di bandar selatan Nice juga mengarahkan Ben Yedder wajib menjalani rawatan.

    Peguam plaintif, Frank Michel berkata semasa perbicaraan bahawa mangsa berada dalam keadaan terkejut dan meminta ganti rugi sebanyak 25,000 euro.

    Aksi Wissam Ben Yedder semasa perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis di stadium Groupama di Decines, di luar Lyon, Perancis pada 28 April lalu. – AP

    Ben Yedder didakwa selepas seorang wanita memfailkan saman terhadapnya pada September.

    Roumiantseva dan seorang lagi peguam untuk pemain itu, Hasna Louze, berkata Ben Yedder ‘mempertikaikan klasifikasi kes oleh mahkamah sebagai serangan seksual’ dan bercadang memohon rayuan.

    Pemain berusia 34 tahun itu, penyerang prolifik yang juga pernah bermain untuk pasukan kebangsaan, ditahan seketika dan kemudian dibebaskan selepas insiden di dalam keretanya di French Riviera.

    Dia telah ditangkap di rumahnya lewat malam itu selepas enggan memberhentikan keretanya sebelum itu.

    Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu Ben Yedder digantung enam bulan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda