Wolbachia bagi basmi denggi

SINGAPURA, 3 DIS – Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura pada 2 Dis melancarkan fasiliti baharu bagi pembiakan jutaan nyamuk jantan dalam masa seminggu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes denggi di Singapura tahun ini, dengan hampir 15,000 kes dan 20 kematian dilaporkan. Fasiliti baharu itu membolehkan NEA menerusi Projek Wolbachia membiak sehingga lima juta nyamuk jantan seminggu.

Projek ini melibatkan pembebasan nyamuk Wolbachia-Aedes aegypti jantan untuk menyekat pembiakan nyamuk di kawasan bandar, yang merupakan vektor utama denggi, chikungunya dan Zika di sini. – Bernama