BAKI, 30 April – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mentertawakan komen Bernie Ecclesones yang menyatakan bahawa Lewis Hamilton ‘agak letih’ dengan Formula Satu (F1) sebagai tidak lebih daripada satu publisiti ‘bom tangan’.
Sementara Hamilton menolak untuk memberikan sebarang komen balas kepada Ecclestone, Wolff berkata dia menerimanya dengan senyuman.
“Semua orang menghormati Bernie, tetapi kami juga mempelajari bagaimana untuk menerima komen-komen dengan senyuman,” kata Wolff.
“Lewis agak biasa dengan perkara-perkara sebegini, saya fikir dia menerimanya dengan tenang.
“Bernie datang dan melontarkan bom tangan, kemudian ia masuk dalam akhbar, ia hebat. Itu cara Bernie, dia yang membawa kita semua di sini (F1) dan dia menjadikan sukan ini besar.
“Ia adalah naratif di dalam dan luar litar, serta ia adalah satu lagi perkara untuk ditulis dan dicakapkan.”
Wolff menambah bahwa Hamilton masih bermotivasi tinggi, dan terdapatnya reaksi berlebihan kepada kegagalan Mercedes untuk memenangi tiga perlumbaan pembukaan musim ini. – AFP