BERLIN, 30 Mei – Vfl Wolfsburg telah memastikan diri mereka kekal di Bundesliga awal pagi tadi apabila pemenang 2016, Vieirinha menjaringkan gol kemenangan 1-0 di gelanggang Eintracht Braunschweig bagi mendapat kelebihan agregat kemenangan 2-0 dalam playoff itu.
Setelah memenangi perlawanan pertama di gelanggang sendiri dengan keputusan 1-0 menerusi penalti Mario Gomez, Wolfsburg selamat apabila Vieirinha menjaringkan gol tunggal perlawanan sebelum rehat.
Bola yang melantun daripada percubaan Yunus Malli itu, jatuh dalam di depan pemain sayap Portugal tersebut, menembusi gawang lawan dengan percubaan dari tepi petak.
Ia keputusan yang mengecewakan bagi Braunschweig, yang menamatkan musim di tempat ketiga divisyen kedua Jerman bagi meraih peluang berdepan Wolfsburg, juara Jerman 2009, yang menamatkan musim di tangga ke-16 Bundesliga. “Saya gembira dan lega,” kata Andries Jonker, jurulatih ketiga Wolfsburg musim ini selepas Dieter Hecking dan Valerien Ismael dipecat.
“Saya juga memahami kelegaan para pemain dan penyokong, tetapi itu adalah pencapaian paling mininum untuk dicapai, saya tidak melihat sebab kenapa ia perlu diraikan,” tambah warga Belanda itu. – AFP
