Friday, December 8, 2023
26.6 C
Brunei

    -

    Wolfspeed bina kilang hasil karbida silikon

    RALEIGH, NEW CAROLINA, 11 SEPT – Sebuah syarikat semikonduktor yang berpangkalan di Carolina Utara mengumumkan ia akan membina kilang pengeluaran berjumlah AS$5 bilion di negeri itu untuk menghasilkan wafer karbida silikon, yang muncul popular untuk produk tenaga boleh diperbaharuinya.

    Wolfspeed Inc berkata ia merancang mewujudkan 1,800 pekerjaan baharu pada akhir 2030 di lokasi di Chatham County, kira-kira 72 kilometer dari barat daya ibu pejabatnya di Durham.

    Wolfspeed mungkin menerima faedah daripada insentif tunai bernilai AS$775 juta, peningkatan infrastruktur dan ganjaran lain daripada kerajaan tempatan dan Carolina Utara serta badan perundangan negeri untuk membangunkan pinggir bandar Siler City, menurut dokumen negeri. Bahagian terbesar faedah akan wujud dalam bentuk rebet cukai harta tempatan.

    Jawatankuasa negeri mengundi sebelum ini untuk memberikan Wolfspeed wang berjumlah AS$76 juta dalam tempoh 20 tahun sekiranya ia memenuhi matlamat pelaburan dan pewujudan pekerjaan. Syarikat itu juga mungkin menerima faedah dari segi kewangan daripada undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Joe Biden pada bulan lalu yang menggalakkan penyelidikan dan pengeluaran semikonduktor terutamanya untuk industri kereta dan komputer.

    Syarikat itu, sebelumnya dikenali sebagai Cree, telah pun menggaji lebih 3,000 pekerja di negeri itu. Ia telah beralih kepada pengeluaran cip karbida silikon, yang lebih efisien dan kukuh berbanding cip silikon biasa.

    “Ia merupakan teknologi baharu untuk kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, storan, sistem kereta api, peralatan dan pelbagai aplikasi elektrik lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wolfspeed Gregg Lowe selepas pengumuman di luar Pejabat Eksekutif di Raleigh. – AP

    Gabenor Carolina Utara Roy Cooper (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Gregg Lowe semasa acara pengumuman pembangunan ekonomi di Pejabat Mansion di Raleigh, Carolina Utara baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....