Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wolves ‘baham’ Patrick Cutrone

    LONDON, 31 JULAI – Wolves menandatangani penyerang Itali Patrick Cutrone (gambar bawah) dari AC Milan melalui perjanjian 16 juta pound pada Selasa.

    Cutrone bersetuju dengan kontrak empat tahun dan menjadi pemain kedua disambar Wolves musim ini selepas ketibaan Jesus Vallejo dengan pinjaman dari Real Madrid minggu lalu.

    “Keinginan kelab dan kemampuan saya bermain di Liga Perdana untuk Wolves adalah sesuatu yang hebat. Saya tidak sabar untuk bermula,” katanya kepada laman web rasmi Wolves.

    Cutrone, produk akademi belia Milan, membuat 90 penampilan untuk kelab itu dalam dua musim terakhir dengan menjaringkan 27 gol dan membantu tujuh jaringan lain.

    Pemain berusia 21 tahun itu membuat kemunculan sulung untuk Itali pada 2018 selepas muncul di setiap peringkat bola sepak antarabangsa untuk negaranya.

    Pengarah sukan Wolves, Kevin Thelwell berkata, “Pengambilan Patrick adalah kejayaan yang menarik buat kelab pada masa ini.

    “Kami mempunyai falsafah yang kuat di bawah Nuno untuk membawa individu yang tepat dan membangunkan bakat muda. Kami rasa Patrick sangat sesuai dengan falsafah kami.”

    Wolves selesai di tempat ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, pencapaian cemerlang bagi kelab yang baharu dinaikkkan ke liga utama selain layak ke Liga Europa.

    Mereka akan berkunjung ke Leicester City untuk perlawanan pembuka tirai EPL musim ini pada 11 Ogos ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda