Oleh Khairil Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Piala Bola Keranjang Pemimpin Belia Yayasan Bola Keranjang Antarabangsa (IBF) edisi kedua bagi kelayakan Brunei 3×3 berakhir hari ini di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Kerajang Brunei (BBA).
Pasukan Wolves Basketball muncul juara dalam Kategori Lelaki Bawah-18 Tahun (B18), diikuti oleh Pasukan MSSBD di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Pasukan Heat.
Sementara itu dalam Kategori Perempuan B18, turut didominasi oleh Pasukan Wolves Basketball, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Striking Stars dan Little Giants.
Hadir bagi menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, JBS, Dayang Mariam binti Ulat.
Pemenang kedua-dua kategori itu akan mewakili negara ke Kejohanan Bola Keranjang Pemimpin
Belia IBF di Bali pada September nanti.
Selain itu mereka juga akan menerima pengalaman sukan bola keranjang kelas dunia melalui program itu, bahkan dapat mempelajari dan mengembangkan lagi pelbagai kemahiran seperti komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan.
