Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Wolves kejutkan Liverpool

    LIVERPOOL, 29 Jan – Liverpool mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di gelanggang sendiri dalam tempoh lapan hari ketika mereka terpaksa meninggalkan Piala FA dalam kekalahan 2-1 kepada pasukan bawahan Wolverhampton Wanderers di Anfield semalam.

    Jaringan separuh masa pertama Richard Stearman, yang pertama bagi kelab Midlands dalam hampir tiga tahun dan Andreas Weimann menyaksikan pasukan Paul Lambert menyertai Swansea dan Southampton dalam merasakan kejayaan di Anfield dalam masa jarak seminggu.

    Tetapi, selepas menyaksikan pasukan mereka tersingkir dari Piala Liga kepada Southampton pada pertengahan minggu, kekalahan terbaru itu adalah kekecewaan bagi penyokong tuan rumah yang jelas mengejek pasukan mereka ketika keluar dari padang selepas babak pertama.

    Pengurus Liverpool Jurgen Klopp memilih menurunkan pasukan yang tidak kuat menentang pasukan yang pada masa ini berada di tangga keempat di atas zon penyingkiran dalam divisyen dua bola sepak Inggeris, Championship.

    Hanya Georginio Wijnaldum, Ragnar Klavan dan Roberto Firmino yang mungkin diklasifikasikan sebagai pasukan pertama di kalangan barisan kesebelasan utama Klopp dan pertaruhan tersebut dilihat sukar walaupun sebelum seminit persaingan pusingan keempat berlalu.

    Pemain Wolverhampton meraikan jaringan semasa menentang Liverpool untuk Piala FA di Anfield kelmarin. - AP
    Pemain Wolverhampton meraikan jaringan semasa menentang Liverpool untuk Piala FA di Anfield kelmarin. – AP

    Alberto Moreno mengasari Dave Edwards dan sepakan bebas dari Helder Costa tepat kepada Stearman yang tandukan kencangnya menerjah jaringan Liverpool.

    Jaringan kedua Wolves pada minit ke-41, adalah yang keputusan pertahanan yang lebih teruk Liverpool ketika hantaran Matt Doherty diperoleh oleh Costa, yang berjaya menghalang Morena dengan mudah.

    Hantaran kencangnya ke bahagian tengah dari sudut kiri mendapatkan Weimann, yang membuat larian di antara Joe Gomez dan Connor Randall dan penyerang Wolves mara sebelum menyentuh bola menewaskan Loris Karius dan menyudahkan jaringan.

    Selepas minit ke-86 barulah Liverpool berjaya menembusi pertahanan Wolves ketika pasukan pelawat gagal untuk mengeluarkan sepakan sudut dari Philippe Coutinho.

    Daniel Sturridghe membantu melakukan sepakan lintang di depan gawang dan Divock Origi menyudahkan jaringan.

    Lawan The Reds selepas ini ialah bertemu Chelsea di laman sendiri Selasa ini dan di sebalik prestasi hambar, Klopp berkata ia tidak bermaksud pendahulu liga itu akan mendapat laluan mudah.

    “Ia tidak memudahkan Chelsea, ia bukannya aksi penentuan. Ia bergantung kepada kami dan jika kami bermain dengan baik, kami memiliki peluang. Jika tidak, kami tiada peluang,” kata pengurus The Reds, Jurgen Klopp (gambar bawah). – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...