Wolves menang mudah

SHEFFIELD, UNITED KINGDOM, 15 SEPT – Wolves tidak menunjukkan sebarang tanda keletihan apabila mereka memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 2-0 mengatasi Sheffield United, di sini, sebentar tadi.

Hanya selepas 34 hari tewas kepada Sevilla pada perlawanan terakhir musim 2019-20 yang terjejas akibat COVID-19, skuad kendalian Nuno Espirito Santo tampak lebih segar berbanding apa yang dijangkakan ketika mereka beraksi baik di Bramall Lane.

Raul Jimenez dan Romain Saiss memberikan Wolves kelebihan dua gol di depan selepas hanya enam minit dan pelawat mengawal permainan.

Ia cara yang sempurna buat Nuno, yang baru-baru ini menandatangani perjanjian baharu tiga tahun ketika dia cuba memperbaiki kedudukan ketujuh EPL musim lalu.

“Ini adalah perlawanan pertama selepas pertukaran musim yang pantas. Saya sangat gembira,” kata Nuno.

“Perwatakan, cara mereka bermain, ketahanan di penamat.

“Ia tiga musim yang menakjubkan. Kami boleh mencipta sesuatu yang sangat istimewa. Kami mesti kekal merendah diri.”

Sementara pengurus Blades, Chris Wilder menambah “Untuk menyuntik kembali semnagat daripada kekalahan pada permulaan menentang Wolves merupakan satu perkara yang sangat mencabar.

“Saya tahu apa yang saya lihat dalam bilik persalinan, mereka tetap meneruskan permainan.” – AFP

Aksi Romain Saiss menanduk masuk bola untuk jaringan kedua pasukannya semasa menentang Sheffield United di Stadium Bramall Lame di England, awal pagi kelmarin. – AP