Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wolves tundukkan City

    WOLVERHAMPTON, 29 DIS – Matt Doherty menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemunculan semula Wolverhampton setelah ketinggalan dua gol dari Manchester City dengan jaringan akhir 3-2 menjejaskan harapan juara Liga Perdana bagi kali ketiga berturut-turut.

    City yang berada di tangga ketiga, ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga Liverpool.

    Pasukan Juergen Klopp kini berada 13 mata di hadapan Leicester dengan kelebihan satu perlawanan di hadapan, menjadikan pasukan tersebut hampir untuk mengisi ruang kosong piala selama tiga dekad lamanya.

    “Ia bukan satu perlumbaan jika tidak memikirkannya,” Kata Pengurus City Pep Guardiola kepada Amazon Prime Video.

    “Ia merupakan satu matlamat yang tidak boleh dielak namun kadang-kadang lahirnya keletihan untuk mencapai matlamat tersebut.”

    Wolves yang bangkit semula daripada dua gol Raheem Sterling bagi City, menaikkan mereka ke tangga kelima dalam kedudukan – dua mata di atas Chelsea dalam kelayakan Liga Juara-Juara.

    “Kami bermain berhabis-habisan, dengan apa situasi pun,” kata pemain sayap Wolves, Adama Traore, sambil menambah “Dan itulah yang kami lakukan pada hari ini.”

    City kini mengalami lima kekalahan daripada 19 perlawanan pembukaan musim ini, penjaga gol City diberikan kad merah pada minit-minit awal mengakibatkan City bermain hanya 10 orang sahaja.

    Dua gol pembukaan City dijaringkan oleh Raheem Sterling dan tiga gol Wolverhampton dijaringkan oleh Adama Traore, Raul Jimenez dan Matt Doherty.

    Keputusan 3-2 kekal hingga ke hujung perlawanan. – AP

    Reaksi pemain Manchester City, Raheem Sterling kecewa atas kekalahan City ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux, England , 27 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda