Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wonder Woman kekal mendominasi carta

    LOS ANGELES – Warner Bros dan DC Comics wajar terus berbangga terhadap pencapaian yang ditonjolkan oleh Wonder Woman yang berjaya mengekalkan takhta kejuaraan setelah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$57.2 juta hasil dari tayangan di 4,165 pawagam.

    Walaupun kutipan yang diperoleh ini agak menurun sebanyak 45 peratus berbanding kutipan yang diperoleh pada minggu lalu namun filem tersebut telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$205 juta setelah ditayangkan selama dua minggu.

    Ternyata filem lakonan Gal Gadot itu masih berjaya mengekalkan prestasi yang agak cemerlang pada minggu kedua tayangannya malah lebih baik berbanding Suicide Squad yang mendapat kutipan sebanyak $133.7 juta dan Batman V Superman yang mendapat kutipan sebanyak AS$166 juta pada tayangan perdana masing-masing.

    “Ia merupakan satu pencapaian yang luar biasa bagi sebuah filem hebat terutama apabila filem ini telah berjaya mendapat kutipan yang cukup cemerlang pada tayangan perdananya dan hanya menunjukkan penurunannya sebanyak 45 peratus pada minggu kedua tayangannya,” jelas Ketua Pengedar Warner Bros, Jeff Goldstein.

    “Setentunya ada sesuatu yang unik sehingga berjaya menarik ramai penonton untuk menyaksikan aksi karakter wanita gagah itu di pawagam dan setentunya ia juga turut disokong oleh sentuhan pengarah hebat seperti Patty Jenkins,” tambah Jeff Goldstein.

    Watak Wonder Woman dilakonkan oleh Gal Gadot.
    Watak Wonder Woman dilakonkan oleh Gal Gadot.
    Aksi seorang puteri purba lakonan Sofia Boutella yang menyebabkan keadaan huru-hara di bumi dalam The Mummy.
    Aksi seorang puteri purba lakonan Sofia Boutella yang menyebabkan keadaan huru-hara di bumi dalam The Mummy.
    Captain Underpants: The First Epic Movie merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari buku kanak-kanak karya Dav Pikey.
    Captain Underpants: The First Epic Movie merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari buku kanak-kanak karya Dav Pikey.

    Sementara The Mummy keluaran Universal pula kelihatan kurang menyerlah daripada yang disasarkan bagi pasaran domestik di mana filem itu berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$32.2 juta sekali gus menduduki tangga kedua dalam carta setelah ditayangkan di 4,035 pawagam.

    Namun ia cukup berbeza daripada sambutan yang ditonjolkan di pasaran antara bangsa, apabila filem lakonan Tom Cruise itu berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$174 juta.

    “Kami berharap untuk menerima kutipan yang lebih memberangsangkan bagi pasaran domestik,” jelas Nick Carpou, Presiden Pengedar Domestik Universal.

    The Mummy merupakan sebuah filem arahan Alex Kurtzman dan merupakan siri terbaru dalam francais kepada filem The Mummy yang mula diterbitkan pada tahun 1999 dilakonkan oleh Brendan Fraser dan diikuti dengan tiga buah filem yang lain.

    Dalam filem terbaru ini, Tom Cruise melakonkan watak seorang pemburu harta yang secara tidak sengaja telah membangkitkan seorang puteri purba lakonan Sofia Boutella. Filem ini juga turut dibintangi oleh Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance dan Russell Crowe.

    Pada dasarnya, setiap filem memiliki keistimewaannya yang tersendiri,” jelas Presiden Pengedar Antarabangsa Universal, Duncan Clark.

    Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales merupakan siri kelima dalam francais filem Pirates of the Caribbean.
    Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales merupakan siri kelima dalam francais filem Pirates of the Caribbean.
    Antara karakter yang ditampilkan dalam Guardians of the Galaxy Vol 2.
    Antara karakter yang ditampilkan dalam Guardians of the Galaxy Vol 2.

    Pengaruh Tom Cruise dilihat masih tetap utuh bertahan sebagaimana yang dapat disaksikan terhadap sambutan yang diterima melalui tayangan beberapa buah filem baru seperti Jack Reacher: Never Go Back, Mission: Impossible – Rogue Nation dan Edge of Tomorrow.

    Namun secara purata kutipan yang diperoleh oleh filem terbaru The Mummy ini jauh lebih rendah berbanding francaisnya yang terdahulu seperti The Mummy (2009) dengan kutipan AS$43.3 juta, The Mummy Returns (2001) dengan kutipan AS$68.1 juta, The Scorpion King (2008) dengan kutipan AS$ 36.1 juta dan The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008) dengan kutipan AS$40.5 juta.

    Menduduki tangga ketiga adalah Captain Underpants: The First Epic Movie keluaran Fox yang berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$12.3 juta setelah ditayangkan di 3,529 pawagam.

    Manakala Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales keluaran Disney pula menduduki tangga keempat dalam carta dengan kutipan sebanyak AS$10.7 juta setelah ditayangkan di 3,679 pawagam. Walaupun kurang menyerlah bagi pasaran domestik namun filem itu telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$600 juta bagi pasaran antarabangsa.

    Guardians of the Galaxy Vol 2 pula menduduki tangga kelima dalam carta dengan kutipan sebanyak AS$6.2 juta setelah ditayangkan di 2,911 pawagam.

    Antara beberapa buah filem yang baru ditayangkan pada minggu ini adalah It Comes At Night keluaran A24, My Cousin Rachel dan Beatriz at Dinner dari Roadside Attractions.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda