Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wonderlab lancar cawangan keempat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – WonderLab hari ini melebarkan lagi sayap mereka dengan pelancaran cawangan keempatnya di Berakas.

    Hadir bagi merasmikan cawangan WonderLab terbaharu tersebut pada petang tadi ialah Pengarah Urusannya, Wong Hui Ting dan Pengurusnya, Dayang Nur Darina binti Sahari.

    Sempena pembukaan rasmi tersebut, WonderLab turut memperkenalkan promosi eksklusif The Star Bundle Collection yang menawarkan sembilan produk yang mendapat permintaan yang tertinggi berupa produk HaruHaru, Well Nature dan kombinasi jenama produk Wonder Dewi.

    Bundle tersebut terdiri daripada Wonder Dewi 7-Day Mask Kit, Wonder Dewi 14-Day Mask Kit, Well Nature Moisture Whipping Cleansing Foam, Well Nature Moisture Deep Cleansing Oil, Haruharu Black Rice Soft Peeling Gel, Haruharu Black Rice Hyaluronic Toner, Haruharu Black Rice Hyaluronic Cream dan edisi terhad Wonder Dewi Moonlight Mask Duo Set.

    Untuk keseluruhan sembilan produk, koleksi set bundle menawarkan harga promosi yang menarik di mana WonderLab berharap promosi bundle tersebut akan membuktikan komitmen syarikat untuk menjangkau lebih ramai pengguna tempatan dengan mengubah rutin harian penjagaan kulit biasa kepada rutin yang bermakna dan menyenangkan untuk semua.

    Sebagai sebahagian daripada misi WonderLab untuk menyediakan perkhidmatan dan produk penjagaan kecantikan yang tersendiri dan fleksibel, pelbagai kerjasama telah dibuat dengan syarikat dan individu ikonik seperti Astro Malaysia dan baru-baru ini, WonderLab telah melancarkan produk kolaborasi terbaharunya dengan Dato Sri Siti Nurhaliza.

    Wong Hui Ting dan Dayang Nur Darina ketika merasmikan pelancaran cawangan keempat WonderLab di Berakas, kelmarin.
    Antara produk baharu yang diperkenalkan sempena pelancaran cawangan terbaharu WonderLab.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda