Pelakon Kim Woo Bin dan Kim Sung Kyun akan bekerjasama dalam sebuah filem menarik terbaharu daripada Netflix, menurut kenyataan Allkpop.
Netflix hari ini telah mengesahkan penerbitan filem aksi-komedi Officer Black Belt, yang diarahkan oleh Kim Joo Hwan.
Officer Black Belt mengisahkan tentang Lee Jung Do (dilakonkan oleh Kim Woo Bin), seorang pakar seni mempertahankan diri dengan tali pinggang hitam darjah kesembilan yang diterimanya dalam taekwondo, kendo dan judo.
Dia bergabung bersama pegawai percubaan, Kim Sun Min (dilakonkan oleh Kim Sung Kyun), yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk mengesan jenayah dan turut mahir dalam seni mempertahankan diri. Bersama-sama, mereka memantau individu yang memakai gelang kaki elektronik sebagai sebahagian daripada syarat percubaan mereka dan berusaha untuk mencegah jenayah daripada berlaku.
Filem tersebut turut menawarkan aksi-aksi bertenaga dan penuh gelak tawa, yang memaparkan pengembaraan dan kisah-kisah lucu ketika mereka menjalankan tugas sebagai pegawai.
Pengarah filem, Kim Joo Hwan, yang dikenali melalui filem Midnight Runners dan siri popular Netflix, Bloodhounds, pasti akan memberikan sentuhan profesionalnya dalam Officer Black Belt. Peminat boleh menjangkakan tahap aksi dan komedi yang dipertingkatkan dalam filem yang dinanti-nantikan ini. – Agensi
