Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woodland kembali ke PGA

    WASHINGTON, 27 JUN – Gary Woodland kembali ke jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) minggu ini selepas memenangi Terbuka AS di Pebble Beach, cuba merungkai realiti baharu selepas menjulang kejuaraan utama pertamanya.

    Pemain golf Amerika berusia 35 tahun tampil di Rocket Mortgage Classic di Kelab Golf Detroit, awal hari ini bersama rakan senegara Brandt Snedeker dan Keith Mitchell.

    “Bagus untuk kembali semula di sini minggu ini. Bagus untuk kembali semula di lapangan dan kembali dengan rutin,” kata Woodland. “Saya gembira kembali semula beraksi di sini.”

    Woodland melakukan 13 di bawah par 271 melebihi 72 lubang di Pebble Beach untuk mengalahkan juara bertahan Brooks Koepka dengan tiga pukulan.

    Selepas rehat hujung minggu yang panjang di mana dia merai hari lahir kedua anak lelakinya dan kembali semula menjalani pusingan latihan untuk mengisi tempoh rehatnya. – AFP

    Woodland menandatangani autograf selepas bersaing di Rocket Mortgage Classic di Kelab Golf Detroit, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda