Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods bedah lutut

    LOS ANGELES, 28 OGOS – Tiger Woods mendedahkan dia menjalani pembedahan lutut kiri namun menyatakan dia menjangka boleh cergas sepenuhnya untuk kejohanan sulung Jelajah PGA Jepun, Oktober depan.

    Dalam satu kenyataan ringkas di Twitter, penyandang juara Masters AS itu berkata, dia menjalani pembedahan minggu lalu.

    Dr Vern Cooley, yang menjalankan prosedur itu berkata dalam satu kenyataan, beliau menjangkakan Woods akan pulih sepenuhnya.

    “Kami melakukan apa yang perlu dan turut memeriksa keseluruhan lutut,” kata Cooley. “Tiada masalah lain.”

    Woods berkata, dia sudah boleh berjalan susulan pembedahan itu dan dijangka kembali turun berlatih dalam “beberapa minggu lagi.”

    “Saya tidak sabar untuk berkunjung dan bermain di Jepun Oktober ini,” kata Woods.

    Ia kali kelima sejak 1994, Woods, 43, menjalani pembedahan di lutut kiri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda