Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Woods beraksi dalam acara elit kelab Seminole

    MIAMI, 4 MAC – Pemain golf hebat, Tiger Woods akan bersaing dalam kejohanan anggota pro Seminole hari ini di Juno Beach, Florida, seperti yang dinyatakan oleh jadual di media sosial.

    Juara utama 15 kali itu, masih cuba mengetahui sama ada dia boleh bertanding semula dalam Jelajah PGA selepas kemalangan keretanya pada 2021, akan membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan bola terbaik dua orang di Kelab Golf Seminole.

    Dia akan digandingkan dengan Ketua Eksekutif PGA Amerika, Seth Waugh dan bermain bersama pemenang dua kali Kejohanan PGA, Justin Thomas dan Ketua Eksekutif syarikat perisian Yext, Mike Walrath.

    Pemain nombor dua dunia, Rory McIlroy juga antara pemain profesional Jelajah PGA, yang akan bermain bersama bapanya, Gerry. Mereka bergabung dengan Padraig Harrington dari Ireland dan pengerusi lembaga dasar Jelajah PGA, Ed Herlihy.

    Pemenang utama Collin Morikawa, Matt Fitzpatrick dan Nelly Korda turut berada di padang manakala pemain golf PGA, Tony Finau akan beraksi dengan bekas pemain NFL, Tom Brady.

    Acara itu akan menjadi satu lagi peluang untuk Woods menguji dirinya selepas selesema memaksanya keluar dari pusingan kedua Genesis Invitational di Riviera Country Club bulan lepas.

    Ia merupakan pengakhiran yang mengejut kepada acara Jelajah PGA pertama Woods sejak dia menarik diri daripada pusingan ketiga Masters yang ditangguhkan oleh hujan April lalu.

    Dua minggu kemudian, Woods menjalani pembedahan buku lali kanan untuk mengatasi kesakitan yang berterusan akibat kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan kereta pada tahun 2021.

    Woods beraksi dalam apa yang disebutnya sebagai acara ‘ringan’ di Cabaran Hero World tidak rasmi dan bergabung bersama anak lelakinya, Charlie, di Kejohanan PNC pada bulan Disember. – AFP

    Woods menyertai kejohanan satu hari pro-ahli Seminole di Pantai Juno, Florida, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...