MIAMI, 20 DIS – Tiger Woods terlepas peluang melakar kemenangan ketika kembali semula dalam saingan kompetitif apabila gagal membenam birdie pada pusingan terakhir di Kejohanan PNC Florida. Woods, beraksi di kejohanan pertama sejak mengalami kecederaan akibat kemalangan kereta 10 bulan lalu, melakukan 11 birdie berturut-turut bersama anaknya 12 tahun, Charlie untuk mencatatkan 15 di bawah