SAINT-QUENTIN-EN-YVELINES, Perancis, 28 Sept – Tiger Woods, yang beraksi dalam Piala Ryder pertamanya sejak tahun 2012, akan menjadi bintang tarikan bagi pertandingan fourball awal hari ini ketika pasukan Amerika Syarikat berusaha untuk menamatkan kemarau 25 tahun di Eropah.
Lebih 60,000 peminat dijangka akan berhimpun di Le Golf National, hanya di luar Paris, bagi Piala Ryder pertama di Perancis, di mana juara utama 14 kali, Woods menerima sambutan luar biasa pada acara pembukaan.
Dia akan berganding bersama pemain berbakat, Patrick Reed dalam pertandingan sesi pembukaan, yang bermula dengan pertandingan yang melibatkan Justin Rose dan Jon Raham menentang Brooks Koepka dan Tony Finau.
“Ia akan menyeronokkan bagi kedua kami. Kami bersedia untuk berganding dan melakukan sesuatu seperti ini bersama-sama,” kata Woods, yang mencatatkan kemenangan pertamanya dalam tempoh lima tahun pada Kejuaraan Jelajah minggu lalu.
“Kami akhirnya mempunyai peluang untuk menentang dua pesaing yang hebat.”

Granstan yang memuatkan 6,900 kapasiti mengelilingi tee pertama dengan kedudukan memberikan lebih banyak jaminan dalam kotak tee bagi menghasilkan persekitaran yang meriah.
“Apabila saya kali pertama melihatnya pada tee pertama, saya melihat ke atas dan merasakan saya terus mendongak ke atas,” kata Reed, yang berganding bersama Woods dalam pusingan latihan sembilan lubang semalam.
“Ia akan menjadi persekitaran yang luar biasa.”
Kapten pasukan Eropah, Thomas Bjorn mendapatkan kepercayaan dalam rookie, mengingatkan kembali empat atau lima kemunculannya. – AFP