Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods kembali bersemangat

    CHICAGO, 30 Mei – Tiger Woods menegaskan dia sedia bangkit daripada kekecewaan Kejuaraan PGA apabila bertanding pada Kejohanan Memorial awal pagi esok ketika dia memburu satu lagi catatan golf.

    Bekas pemain nombor satu dunia berusia 43 tahun itu terpaksa berpijak di bumi nyata pada PGA selepas kejayaannya di Masters AS, terlepas ‘cut’ sesudah dua pusingan pertama yang teruk. Ketika Terbuka AS semakin menghampiri, Woods menambah kejohanan dihos Jack Nicklaus di Dublin, Ohio dalam jadualnya minggu ini dalam usaha mempersiapkan diri menghadapi saingan di Pebble Beach. Pemenang 15 kejuaraan utama itu berlatih Isnin dan Selasa lalu sebelum bergandingan dengan legenda NFL, Peyton Manning pada kejohanan pro-am awal pagi tadi.

    Selepas itu, Woods berkata, dia bersedia melupakan persembahan buruk di Bethpage Black minggu ini.

    “Saya hanya perlu bermain lebih sedikit sekarang. Harapnya ia empat hari yang mantap minggu ini menjelang Terbuka AS,” kata Woods. Woods, yang kurang tiga kejuaraan utama berbanding rekod sepanjang zaman Nicklaus 18 gelaran, boleh menyamai rekod Sam Snead dengan 82 kejuaraan Jelajah PGA jika menang di Ohio hujung minggu ini. – AFP

    Aksi Woods ketika melakukan pukulan semasa perlawanan kelmarin di Dublin, Ohio. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda